Thursday, 19 July 2012
hidup kesukaran.
hidup bukan selalu indah, tak juga sukar mengundang sentiasa.
kadang kala mungkin kita berasa kerap, tapi pernah kita bertanya kenapa? mengapa?
pernah kita bersyukur ketika bahagia menerpa?
bukan sedih yang dicari, mahu pun sukar yang mengajar erti kesabaran, begitu dengan ketabahan.
tp segala itu mnguatkan keimanan.
ketika itu, langit menjadi petunjuk.
sejadah menjadi penyujud.
mulut meratib,
hati berzikir.
Ya Allah, berikan petunjuk, kembalikan kesenangan.
begitu?
mahu tak mahu, segala itu akan dilafazkan.
kesenangan dicari, kesusahan dihindari.
tika kesenangan bertandang, sejadah dilempar.
tika kesukaran mencari, tikar itu disujud, dipeluk, dicium bagai 1000tahun tidak pernah lenggang.
apa pun terjadi, kepada Dia kita meminta, kerana itu Dia menguji.
Ya Allah, kuatkan aku, tabahkan aku, keraskan hatiku ketika ia ingin menangis meraung sukar menerima ujian-Mu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment